Every Woman’s Dream

Source: You Tube (A Dream is a Wish Your Heart Makes)

*********

Kecik-kecik dulu mesti ramai wanita nak jadi macam Cinderella kan? Semua berangan-angan nak kahwin anak raja rasanya. Kay dulu pun pernah kata mak ni selalu dera Kay buat itu & ini macam Mak Tiri Cinderella. Tapi bila dah meningkat usia baru kita tahu faham kenapa selalu kena dera 🙂 Nak tahu kenapa? Supaya Kita tak terus berangan yang bukan-bukan nak kahwin dengan anak raja. Anak Raja sekarang pun kena keluar bekerja untuk sara hidup tau!

Lagi satu semua wanita mesti ada mimpi yang indah kalau cantik macam Tuan Puteri kan? Cinderella yu pun bukannya Tuan Puteri. Dia pun tak pernah bermimpi untuk jadi Tuan Puteri. Lihatlah pada impian di dalam hatinya. Penuh dengan kasih sayang kepada semua makhluk disekelilingnya.  Dia pun tak ada pakai make up untuk jadi lawa. Putera Raja jumpa dia pun masa dia dalam keadaan comot (kalau ikut version baru nie la kan) Malah dia jadi cantik dengan bahan-bahan natural (mother nature).

Berbalik kepada mimpi-mimpi Indah Kita sebagai seorang Wanita, Mimpi apakah yang realistik di zaman ini? Rata-rata jawapan yang diberi adalah NAK JADI SEORANG YANG BERJAYA.

Hmmm… Teringat Pesanan seseorang . Kalau nak BERJAYA mesti ada ukuran:

Berjaya Dari Segi Kewangan

Berjaya Dari Segi Hubungan

Berjaya Dari Segi Kesihatan

Berjaya “Improve” salah stau perkara dari semalam

Berjaya Lakukan satu perkara yang baru dari kebiasaan kita.

Tapi semua mimpi-mimpi atau impian itu tak akan berjaya sekiranya kita tidak tahu apa sebenarya yang kita mahu & apa sebenarnya yang kita cari dalam hidup kita ini.  Ibarat Mimpi di siang hari…

Kay Hisham 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *