kayhisham

We Still Rise

To all women out there, don’t give up! We will rise!

“Rise”

I won’t just survive
Oh, you will see me thrive
Can’t write my story
I’m beyond the archetype

I won’t just conform
No matter how you shake my core
‘Cause my roots—they run deep, oh

Oh, ye of so little faith
Don’t doubt it, don’t doubt it
Victory is in my veins
I know it, I know it
And I will not negotiate
I’ll fight it, I’ll fight it
I will transform

When, when the fire’s at my feet again
And the vultures all start circling
They’re whispering, “You’re out of time,”
But still I rise

This is no mistake, no accident
When you think the final nail is in
Think again
Don’t be surprised
I will still rise

I must stay conscious
Through the madness and chaos
So I call on my angels
They say

Oh, ye of so little faith
Don’t doubt it, don’t doubt it
Victory is in your veins
You know it, you know it
And you will not negotiate
Just fight it, just fight it
And be transformed

‘Cause when, when the fire’s at my feet again
And the vultures all start circling
They’re whispering, “You’re out of time,”
But still I rise

This is no mistake, no accident
When you think the final nail is in
Think again
Don’t be surprised
I will still rise

Don’t doubt it, don’t doubt it
Oh, oh, oh, oh
You know it, you know it
Still rise
Just fight it, just fight it
Don’t be surprised
I will still rise

Source: You Tube – Katy Perry
kayhisham

AKPK

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit, atau biasanya dikenali sebagai AKPK, ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan April 2006 untuk membantu individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak.

akpk_logo2

Misi AKPK adalah Amalkan Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup dan Visi AKPK adalah mewujudkan masyarakat yang bijak dari segi kewangan. AKPK juga mahu diiktiraf sebagai pembekal pendidikan kewangan yang dipercayai kepada pengguna dewasa serta menggalakkan pengurusan kewangan yang berhemat

Di antara khidmat yang ditawarkan:

  1. Pendidikan Kewangan (PK) – Pendidikan kewangan tentang tanggungjawab penggunaan wang dan skil pengurusan kredit.
  2. Kaunseling Kewangan (KK) – Kaunseling dan nasihat berkenaan pengurusan kewangan.
  3. Program Pengurusan Kredit (PKK) – Program pengurusan kredit untuk membantu pengguna menguasai semula kewangan mereka.

Sekiranya anda tidak tahu cara menguruskan kewangan , Program Pendidikan Kewangan yang dianjurkan oleh AKPK amat memberi manufaat & kami menyarankan setiap wanita wajib  mengikuti program Pendidikan Kewangan (PK) untuk melengkapkan diri dengan ilmu kewangan.

Kay Hisham.

kayh

kayhisham

KETAHUI STATUS KREDIT ANDA

Tahukah anda, anda boleh mendapatkan rekod laporan kredit anda menerusi Bank Negara Malaysia?

ccris

Caranya amat mudah & tiada sebarang caj dikenakan. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah dengan mengunjungi Bank Negara Malaysia untuk membuat semakan CCRIS. Di Bank Negara Malaysia, kiosk layan diri disediakan untuk buat semakan CCRIS malah maklumat rekod kategori pinjaman, rekod pembayaran serta status semasa akan dipaparkan dengan terperinci. Jangan Lupa bawa MY Kad bersama anda

Apa itu CCRIS?
Nak tahu apa itu CCRIS ? Boleh klik di SINI untuk maklumat lanjut.

Kalau anda dah dapat rekod laporan  tetapi perlukan bantuan, Hubungi  KAY HISHAM  untuk maklumat lanjut

kayhisham

Apakah Kedudukan Solat Kita?

Sebagai seorang muslim, Solat adalah rukun Islam  yang ke dua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Seringkali kepincangan dalam sebuah keluarga jika dirujuk kepada kepada pakar rumah tangga, kebanyakannya berpunca dari sikap mudah kita kepada solat. Kay teringat email kiriman seorang teman dulu yang mungkin dapat Kay kongsi di sini sebagai muhasabah diri.

solat
Sumber: Internet

 

Jom check &  Peringkat Kedudukan Solat Fardhu kita:

1. Solat tapi bila rasa nak solat sahaja,kalau tidak tinggal.

2. Solat cukup lima waktu,tetapi solat subuh selalunya subuh gajah (solat ketika matahari naik).
3. Solat lima waktu tetapi solat sebuh selalunya diqadha masa solat zohor.

4. Solat cukup lima waktu tetapi selalu lewat,contohnya solat zohor bila dah hampir waktu asar, Solat maghrib dah dekat waktu isyak.

5. Solat subuh dalam waktunya bila hari kerja sahaja,hari minggu atau cuti umum, solat subuh diqadha (tak bangun le tu)

6. Solat cukup lima waktu tetapi amat jarang ataupun tidak pernah solat sunat sebelum dan sesudah lima waktu.

7. Solat tak cukup lima waktu,tetapi solat sunat terawih di bulan puasa cukup pulak dikerjakan.

8. Solat cukup lima waktu tetapi selalunya di rumah,amat jarang ataupun tidak pernah solat di masjid atau surau (bagi lelaki).

9. Solat cukup lima waktu tetapi kurang berusaha menjaga kusyhuknya sedar-sedar dah bagi salam.

10.Sentiasa berusaha solat di masjid atau surau secara berjemaah termasuklah solat subuh.

11.Sentiasa berusaha menunaikan solat sunat sesudah dan sebelum solat.

12.Solat lima waktu tetapi bila demam atau sakit sikit sahaja,solat ditinggalkan,  Qadha bila dah sihat.

13.Solat lima waktu tetapi bila musafir sahaja (contoh bila balik – kampung), solat ditinggalkan, Qadha kemudian bila sampai rumah.

14.Solat sekali seminggu,solat Jumaat sahaja.

15.Solat bila ada masalah.

16.Solat bila orang di sekeliling solat, kalau tidak buat tak tahu aje.

17.Solat sebulan sekali.

18.Solat setahun sekali,iaitu solat sunat hari raya Aidil fitri.

19.Solat seumur hidup sekali,itu pun disolat oleh orang bila dah meninggal.

20. Tak pernah solat langsung. Sedar-sedar dah meninggal!!!

Solat fardu lima waktu sehari semalam adalah kewajipan yang paling asasi dalam Islam. Di akhirat kelak perkara yang pertama sekali disoal Allah SWT adalah solat. Jika sempurna solatnya maka sempurnalah amalan-amalan yang lain. Jika tidak, maka gagallah
amalan-amalan yang lain.

Tidak gunanya amalan-amalan puasa, sedekah, zakat, haji dan lain-lain jika kita tidak menjaga solat kita.
Apakah kita sanggup menerima…. risiko kegagalan tersebut di akhirat dan seksaan kubur yang dikenakan terhadap orang yang meninggalkan solat.

Solat fardu wajib ditunaikan selagi seseorang masih Islam dan masih waras. Ianya tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ianya termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan kita sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Oleh itu marilah kita menjaga solat kita dengan sungguh-sungguh. Solat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) secara berjemaah
dengan menjaga kekusyuk-kannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wudhu’ secara sempurna

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk kita memperbaiki solat kita

Sumber: Email Tentang Solat

Kay Hisham

kayhisham

Crash Course – Penang

crash course

Crash Course Undang-Undang Untuk Perniagaan in collaboration with Teraju and Insken this 5 – 7 October 2016 at Sunway Hotel Georgetown, Pulau Pinang.
Registration fee is RM50.
Limited to 50 participants in each venue.
To register please make payment to the following account:- “Seminar Keusahawanan Peniagawati”
Account No 105340009873. (Affin Islamic Bank Berhad)
Please email the proof of payment together with your name and mobile number on the slip to the peniagawati@gmail.com OR WhatsApp to 0192142238.

Registration will only be confirmed upon receipt of proof of payment.
For further info please contact us at 0326020112 or 0192142238

Source : PENIAGAWATI

.

 

 

 

 

 

 

Untuk maklumat lanjut boleh layari  ;

FB Peniagawati

kayhisham

Cabaran Wanita

image

A smooth sea never made a skillful sailor…

Adakah anda bersetuju bahawa air laut yang tenang takkan menjadikan kelasi kapal itu mahir?  Begitu juga dengan kehidupan kita. Tanpa dugaan dan cabaran dalam hidup, kita mungkin tidak tahu apa yang kita perlu lakukan untuk menempuhi hari yang akan datang.

Kepada wanita di luar sana, setiap cabaran yang datang ambillah ia sebagai pengajaran untuk menjadikan kita lebih bersedia menghadapi yang akan datang. Jangan kita terbawa dengan perasaan meraih simpati dari mereka yang tidak mungkin memahami apa yang kita lalui. Bangunlah semula mencari kekuatan kita sebagai wanita, penuhi diri dengan ilmu agar kita tahu apa yang kita tidak tahu supaya kita lebih bersedia dalam menempuhi cabaran yang lebih besar.

Kay Hisham

kayhisham

Nasib penjamin

 

Mungkin ada yang pernah melalui situasi begini? Kalau dalam video ini, lelaki sebagai penjamin & wanita sebagai orang yang berhutang. Bagaimanakah pulak kalau lelaki sebagai penghutang & kita wanita sebagai penjamin?

Situasinya sama. Berhati-hatilah dalam membuat komitment kepada pinjaman terutama kepada wanita yang masih tiada ikatan yang pasti. Segalanya berkemungkinan.

Kay Hisham

Sumber Video: AKPK

 

 

kayhisham

Crash Course – Bintulu

Crash Course Undang-Undang Untuk Perniagaan in collaboration with Teraju and Insken this 17 – 19 October 2016 at Bintulu, Sabah.

bintulu

Registration fee is RM50.
Limited to 50 participants in each venue.
To register please make payment to the following account:- “Seminar Keusahawanan Peniagawati”
Account No 105340009873. (Affin Islamic Bank Berhad)
Please email the proof of payment together with your name and mobile number on the slip to the peniagawati@gmail.com OR WhatsApp to 0192142238.

Registration will only be confirmed upon receipt of proof of payment.
For further info please contact us at 0326020112 or 0192142238. Thank you

Untuk maklumat lanjut boleh layari  ;

FB Peniagawati

kayhisham

Crash Course – Kuching

Crash Course Undang-Undang Untuk Perniagaan in collaboration with Teraju and Insken this 7 – 9 November 2016 at Kucing Sarawak.

kuching

Registration fee is RM50.
Limited to 50 participants in each venue.
To register please make payment to the following account:- “Seminar Keusahawanan Peniagawati”
Account No 105340009873. (Affin Islamic Bank Berhad)
Please email the proof of payment together with your name and mobile number on the slip to the peniagawati@gmail.com OR WhatsApp to 0192142238.

Registration will only be confirmed upon receipt of proof of payment.
For further info please contact us at 0326020112 or 0192142238. Thank you

Untuk maklumat lanjut boleh layari  ;

FB Peniagawati