kayhisham

Cabaran Wanita

image

A smooth sea never made a skillful sailor…

Adakah anda bersetuju bahawa air laut yang tenang takkan menjadikan kelasi kapal itu mahir?  Begitu juga dengan kehidupan kita. Tanpa dugaan dan cabaran dalam hidup, kita mungkin tidak tahu apa yang kita perlu lakukan untuk menempuhi hari yang akan datang.

Kepada wanita di luar sana, setiap cabaran yang datang ambillah ia sebagai pengajaran untuk menjadikan kita lebih bersedia menghadapi yang akan datang. Jangan kita terbawa dengan perasaan meraih simpati dari mereka yang tidak mungkin memahami apa yang kita lalui. Bangunlah semula mencari kekuatan kita sebagai wanita, penuhi diri dengan ilmu agar kita tahu apa yang kita tidak tahu supaya kita lebih bersedia dalam menempuhi cabaran yang lebih besar.

Kay Hisham