kayhisham

Pengurusan Kredit

Di antara isu-isu yang selalu diaju kepada Kay  ketika mengadakan coaching Pengurusan Kewangan adalah mengenai pengurusan kredit:

  1. Bagaimana cara nak mendapatkan pinjaman dari bank
  2. Bagaimana nak langsaikan hutang yang tertangguh
  3. Bolehkah ambil pinjaman jika rekod kewangan dengan bank ada masalah
  4. Buntu kerana hutang personal yang tidak dapat dilangsaikan kerana masalah kewangan
  5. Takut dapat surat saman dari bank
  6. Tidak mahu bersemuka dengan bank kerana tahu permintaan tidak akan dilayan
  7. Sukar mendapat pinjaman lain kerana nama telah diblacklist disebabkan oleh orang lain
  8. Masalah kewangan keluarga

Selalunya Kay akan memberi panduan ringkas seperti berikut:

  1. Dapatkan  CCRIS status kredit terkini. ( rujuk artikel Kay sebelum ini : Kewangan Wanita : Status Kredit)
  2. Dapatkan status CTOS (boleh check CTOS rekod di sini )
  3. Dapatkan bantuan AKPK sekiranya tidak mendapat  kata sepakat dengan pihak bank

Pernah dengar DMP anjuran AKPK?

DMP adalah Pengurusan Kredit dari AKPK. Program Pengurusan Kredit ini  bertindak Kawal semula kehidupan dan bebanan kredit anda. Menerusi program pengurusan kredit, para kaunselor AKPK akan bekerjasama dengan anda untuk menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman secara peribadi.

Prosesnya adalah seperti berikut:

dmp1a

 

Apa yang DMP/PPK boleh bantu?

Program Pengurusan Kredit membantu individu dalam menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan. Pelan tersebut akan membantu individu membayar balik pinjaman dan mengawal semula kewangan mereka dengan cara yang baik.

Bagaimana nak mendaftar?

Sila layari laman sesawang berikut : Pendaftaran DMP

Lokasi AKPK & maklumat lanjut mengenai DMP?

Anda boleh lawati  mana-mana cawangan AKPK di sini: Hubungi Kami

Insha Allah, setiap masalah ada penyelesaiannya. Elakkan dari merujuk ke sumber yang salah.

image

 

 

 

 

Kay Hisham

 

 

 

 

 

 

kayhisham

AKPK

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit, atau biasanya dikenali sebagai AKPK, ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan April 2006 untuk membantu individu menguasai situasi kewangan mereka dan mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak.

akpk_logo2

Misi AKPK adalah Amalkan Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup dan Visi AKPK adalah mewujudkan masyarakat yang bijak dari segi kewangan. AKPK juga mahu diiktiraf sebagai pembekal pendidikan kewangan yang dipercayai kepada pengguna dewasa serta menggalakkan pengurusan kewangan yang berhemat

Di antara khidmat yang ditawarkan:

  1. Pendidikan Kewangan (PK) – Pendidikan kewangan tentang tanggungjawab penggunaan wang dan skil pengurusan kredit.
  2. Kaunseling Kewangan (KK) – Kaunseling dan nasihat berkenaan pengurusan kewangan.
  3. Program Pengurusan Kredit (PKK) – Program pengurusan kredit untuk membantu pengguna menguasai semula kewangan mereka.

Sekiranya anda tidak tahu cara menguruskan kewangan , Program Pendidikan Kewangan yang dianjurkan oleh AKPK amat memberi manufaat & kami menyarankan setiap wanita wajib  mengikuti program Pendidikan Kewangan (PK) untuk melengkapkan diri dengan ilmu kewangan.

Kay Hisham.

kayh

kayhisham

KETAHUI STATUS KREDIT ANDA

Tahukah anda, anda boleh mendapatkan rekod laporan kredit anda menerusi Bank Negara Malaysia?

ccris

Caranya amat mudah & tiada sebarang caj dikenakan. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah dengan mengunjungi Bank Negara Malaysia untuk membuat semakan CCRIS. Di Bank Negara Malaysia, kiosk layan diri disediakan untuk buat semakan CCRIS malah maklumat rekod kategori pinjaman, rekod pembayaran serta status semasa akan dipaparkan dengan terperinci. Jangan Lupa bawa MY Kad bersama anda

Apa itu CCRIS?
Nak tahu apa itu CCRIS ? Boleh klik di SINI untuk maklumat lanjut.

Kalau anda dah dapat rekod laporan  tetapi perlukan bantuan, Hubungi  KAY HISHAM  untuk maklumat lanjut

kayhisham

Nasib penjamin

 

Mungkin ada yang pernah melalui situasi begini? Kalau dalam video ini, lelaki sebagai penjamin & wanita sebagai orang yang berhutang. Bagaimanakah pulak kalau lelaki sebagai penghutang & kita wanita sebagai penjamin?

Situasinya sama. Berhati-hatilah dalam membuat komitment kepada pinjaman terutama kepada wanita yang masih tiada ikatan yang pasti. Segalanya berkemungkinan.

Kay Hisham

Sumber Video: AKPK

 

 

kayhisham

Merdekakan Diri Anda Daripada Masalah Kewangan

Merdeka ! Merdeka! Merdeka!

image
Laungan suara hangat, suara penuh semangat, suara keramat yang keluar daripada jiwa yang merdeka. Setiap kali laungan in didengar , kita akan berasa penuh bersemangat.

Bila kita menyebut tentang kemerdekaan, ia adalah merupakan suatu pengertian yang telah menjadi sifat atau fitrah semulajadi manusia. Iaitu dengan lain-lain perkataan, kemerdekaan adalah sesuatu yang menjadi keinginan semua manusia di dunia ini. Tidak ada manusia di dunia ini yang tidak menginginkan kemerdekaan. Bahkan ia lebih menjadi suatu perkara yang dicita-citakan oleh setiap manusia.

Kemerdekaan daripada masalah kewangan juga amat penting dalam kehidupan untuk menjamin kesejahteraan kehidupan ini. Kebebasan kewangan bukan sekadar mempunyai banyak wang, tetapi ia adalah kebebasan untuk menjadi diri kita yang sebenar dan melakukan apa yang kita inginkan dalam kehidupan tanpa kekangan kewangan dan dibelenggu hutang keliling pinggang.

Jadi apa yang harus anda lakukan untuk bebas daripada masalah kewangan:

1. Tentukan matlamat anda

Tuliskan semua matlamat kewangan anda. Ini mungkin termasuk mengurangkan baki hutang atau menambahkan simpanan untuk membeli rumah atau membiayai pelajaran universiti anak-anak.
Tuliskan anggaran jumlah kos dan tempoh masa yang diperlukan untuk mencapai matlamat kewangan anda.
Bahagikan jumlah kos dengan bilangan bulan. Hasilnya akan menunjukkan jumlah peruntukan bulanan yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.
Jika jumlah peruntukan bulanan tersebut terlalu besar, anda mungkin ingin memanjangkan tempoh masa yang diperlukan.
Berapa banyak perbelanjaan yang patut dikurangkan? Yang mana patut dikurangkan? Atau berapa banyak pendapatan tambahan, jika ada, yang perlu diperolehi setiap bulan? Cara yang terbaik ialah dengan menyediakan bajet.

2. Ketahui jumlah wang yang diperlukan

Rancang perbelanjaan bulanan – Suatu keajaiban berlaku di sini. Apabila anda dapat melihat gambaran kewangan anda dengan jelas, anda akan mula sedar tentang kaedah penyelesaian yang baharu dan yang menarik.
Ikut landasan yang betul (patuhi bajet) – Apabila mempunyai bajet, tuliskan perbelanjaan anda setiap bulan untuk mengetahui sama ada anda berada di landasan betul. Jika dengan tidak sengaja anda melebihi perbelanjaan dalam satu perkara, jangan berasa panik. Sebaliknya, cuba kurangkan perbelanjaan dalam perkara lain supaya anda masih lagi dapat mencapai sasaran.
Anggarkan perbelanjaan masa hadapan – Apabila anda mengetahui jumlah yang telah dibelanjakan, anda boleh menggunakan maklumat ini untuk membuat anggaran jumlah perbelanjaan bulanan anda. Pertama, senaraikan perbelanjaan tetap, seperti bayaran pinjaman perumahan atau sewa bulanan, bayaran kereta dan bayaran semua pinjaman termasuk kad kredit. Kemudian, anggarkan perbelanjaan lain dengan sebaik mungkin. Pastikan anda memasukkan anggaran kos berkaitan dengan kereta (insurans, petrol, pembaikan dan penyelenggaraan) dan rumah (pembaikan dan penyelenggaraan). Masukkan 1/12 daripada jumlah bil insurans tahunan anda. Hendaklah bersikap realistik bila merancang sesuatu bajet. Lebih tepat bajet yang disediakan, lagi jelas dapat dilihat kedudukan kewangan anda dan ini akan membantu anda membuat keputusan yang sewajarnya.
Jumlahkan semua perbelanjaan dan buat perbandingan – Jika jumlah semua perbelanjaan anda melebihi daripada jumlah maksimum yang boleh dibelanjakan, semak balik dan kenalpasti mana-mana perbelanjaan yang boleh dikurangkan. Terus kurangkan perbelanjaan bulanan anda sehingga jumlahnya turun di bawah tahap maksimum perbelanjaan dan hasilnya anda akan mempunyai lebihan wang.

3. Sediakan dana kecemasan

Kecemasan boleh berlaku bila-bila dan boleh menyebabkan anda hilang keupayaan mencari pendapatan. Ramai mengahadapi masalah kewangan apabila berlaku kecemasan.
Buat tabungan sebelum berbelanja, tolak sedikit wang sebelum anda berbelanja untuk tabungan anda.

Sumber Artikel: Agensi Kaunseling Pengurusan Kredit