kayhisham

Ladies, What We Should Do Today?

img_8630


What should we do today?
1. Throw out, sell or donate everything you don’t need
2. Organize everything you do
3. Don’t consume what you don’t need.
4. Put your self before your work life, as often as you can.
5. Do something that makes you meditative.
6. Learn to turn daily chores into therapeutic practices… for example, bathing.
7. Start to build a commonplace book.
8. Incohesively journal.
9. Burn candles at night.
10. Replace your daily coffee/tea intake with hot water with lemon and honey.
11. Only pay in cash.
12. Recite quran
13. Stop interacting with people who aren’t positive influences in your life, and don’t apologize for doing so.
14. Cook your own dinner.
15. Observe what you unconsciously consume.
16. Ask yourself what kind of life you’d like to live, and base your other goals off of that idea.‍‍‍‍‍‍
17. Make much more realistic goals than you normally do. ️‍♀️
18. Find your ultimate joy in the simplicity of everyday life.‍♀️
19. Pay attention to what you seek. ️‍♀️
20. Develop a personal philosophy, and let it guide you through your daily life and decisions.
21. Stop trying to police yourself.
22. Stop believing that the way you perceive things is the way they actually are.

 

 

kayhisham

Every Woman’s Dream

Source: You Tube (A Dream is a Wish Your Heart Makes)

*********

Kecik-kecik dulu mesti ramai wanita nak jadi macam Cinderella kan? Semua berangan-angan nak kahwin anak raja rasanya. Kay dulu pun pernah kata mak ni selalu dera Kay buat itu & ini macam Mak Tiri Cinderella. Tapi bila dah meningkat usia baru kita tahu faham kenapa selalu kena dera 🙂 Nak tahu kenapa? Supaya Kita tak terus berangan yang bukan-bukan nak kahwin dengan anak raja. Anak Raja sekarang pun kena keluar bekerja untuk sara hidup tau!

Lagi satu semua wanita mesti ada mimpi yang indah kalau cantik macam Tuan Puteri kan? Cinderella yu pun bukannya Tuan Puteri. Dia pun tak pernah bermimpi untuk jadi Tuan Puteri. Lihatlah pada impian di dalam hatinya. Penuh dengan kasih sayang kepada semua makhluk disekelilingnya.  Dia pun tak ada pakai make up untuk jadi lawa. Putera Raja jumpa dia pun masa dia dalam keadaan comot (kalau ikut version baru nie la kan) Malah dia jadi cantik dengan bahan-bahan natural (mother nature).

Berbalik kepada mimpi-mimpi Indah Kita sebagai seorang Wanita, Mimpi apakah yang realistik di zaman ini? Rata-rata jawapan yang diberi adalah NAK JADI SEORANG YANG BERJAYA.

Hmmm… Teringat Pesanan seseorang . Kalau nak BERJAYA mesti ada ukuran:

Berjaya Dari Segi Kewangan

Berjaya Dari Segi Hubungan

Berjaya Dari Segi Kesihatan

Berjaya “Improve” salah stau perkara dari semalam

Berjaya Lakukan satu perkara yang baru dari kebiasaan kita.

Tapi semua mimpi-mimpi atau impian itu tak akan berjaya sekiranya kita tidak tahu apa sebenarya yang kita mahu & apa sebenarnya yang kita cari dalam hidup kita ini.  Ibarat Mimpi di siang hari…

Kay Hisham 

kayhisham

Jangan “Underestimate”!

Orang selalu kata 1st impresssion is important.  Ada betulnya. Tetapi sebagai manusia serba kekurangan, dalam membuat keputusan kita perlu melihat secara keseluruhan.  Apatah lagi jika keputusan itu akan memberi impak yang amat besar kepada kehidupan kita. Sama ada terhadap orang yang membuat keputusan atau diberi keputusan.

Don’t judge the book by its cover! 

Seandainya ada tanggapan memandang rendah terhadap kredibiliti kita sebagai wanita, janganlah berputus asa. Ada masanya kita perlu mebuktikannya  sebelum kita berhenti. Jika kita yakin tanggapan itu salah, buktikan. Tak perlu kata apa-apa. Kenali,fahami & nilai siapa diri kita dahulu. Insha Allah yang baik-baik akan menyusul.

Sumber Video: FB Hicham Bennir

kayh

KAY HISHAM

kayhisham

Wanita & Make Up

Soalan untuk semua wanita di luar sana, Okay ker kalau keluar rumah tanpa make up?  Hmm… akak ok jer. Korang cam ner?

sumber video: FB Oh Bulan

Memang ada yang boleh jadi histeria kalau nak keluar rumah tanpa make up. Mungkin bagi sesetengah orang “with or without make up” tak memberi apa-apa perbezaan, tetapi bagi sesetengah wanita ianya satu kemestian.  Tak salah untuk ber make up jika kena dengan cara & kesesuaiannya. Namun ada juga yang make up kerana tiada keyakinan diri, jadi carilah kembali keyakinan diri itu & nilai-nilai yang tersembunyi di sebalik make up. Yang dah natural beauty tu, bersyukur dengan nikmat yang diberi. Janganlah cepat membuat andaian kepada  wanita lain yang mungkin memilih make up sebagai self satisfaction & mungkin juga kerana tuntutan kerjaya.  Namun apa yang penting sebagai wanita kita perlu tahu, carilah nilai murni kita sebagai wanita & di mana letaknya keyakinan diri kita sebagai wanita. Kerana wanita kita insan istimewa ….

Kay Hisham

kayhisham

Wanita Perlu Kreatif

Sumber video; you tube

****************

Pernah tak kita terfikir,  kita mungkin kehilangan sesuatu yang pernah bernilai dalam hidup kita tetapi kita temui sesuatu nilai itu semula dalam bentuk yang lebih baik jika kita menjadi lebih kreatif?

Kita mungkin kehilangan peluang untuk menjadi seseorang pensyarah, tetapi kita mampu menjadi seorang mentor kepada orang lain

Kita mungkin kehilangan peluang untuk belajar di luar negara tetapi kita mampu untuk pergi ke luar negara dengan hasil titik peluh sendiri

Kita mungkin kehilangan masa atau peluang untuk melihat anak-anak membesar ketika kita sibuk bekerja seharian di pejabat tetapi kita mampu memberi memori yang indah-indah kepada anak-anak bila kita bersama mereka

Jangan takut untuk menjadi kreatif dengan kehidupan, kreativiti itu tak pernah berakhir walaupun perjuangan kita sudah berakhir..

Kita yang tentukan hitam putih kehidupan kita. Tak kira sama ada hitam atau putih kulit kita.

Kay Hisham

kayhisham

Apakah Kedudukan Solat Kita?

Sebagai seorang muslim, Solat adalah rukun Islam  yang ke dua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Seringkali kepincangan dalam sebuah keluarga jika dirujuk kepada kepada pakar rumah tangga, kebanyakannya berpunca dari sikap mudah kita kepada solat. Kay teringat email kiriman seorang teman dulu yang mungkin dapat Kay kongsi di sini sebagai muhasabah diri.

solat
Sumber: Internet

 

Jom check &  Peringkat Kedudukan Solat Fardhu kita:

1. Solat tapi bila rasa nak solat sahaja,kalau tidak tinggal.

2. Solat cukup lima waktu,tetapi solat subuh selalunya subuh gajah (solat ketika matahari naik).
3. Solat lima waktu tetapi solat sebuh selalunya diqadha masa solat zohor.

4. Solat cukup lima waktu tetapi selalu lewat,contohnya solat zohor bila dah hampir waktu asar, Solat maghrib dah dekat waktu isyak.

5. Solat subuh dalam waktunya bila hari kerja sahaja,hari minggu atau cuti umum, solat subuh diqadha (tak bangun le tu)

6. Solat cukup lima waktu tetapi amat jarang ataupun tidak pernah solat sunat sebelum dan sesudah lima waktu.

7. Solat tak cukup lima waktu,tetapi solat sunat terawih di bulan puasa cukup pulak dikerjakan.

8. Solat cukup lima waktu tetapi selalunya di rumah,amat jarang ataupun tidak pernah solat di masjid atau surau (bagi lelaki).

9. Solat cukup lima waktu tetapi kurang berusaha menjaga kusyhuknya sedar-sedar dah bagi salam.

10.Sentiasa berusaha solat di masjid atau surau secara berjemaah termasuklah solat subuh.

11.Sentiasa berusaha menunaikan solat sunat sesudah dan sebelum solat.

12.Solat lima waktu tetapi bila demam atau sakit sikit sahaja,solat ditinggalkan,  Qadha bila dah sihat.

13.Solat lima waktu tetapi bila musafir sahaja (contoh bila balik – kampung), solat ditinggalkan, Qadha kemudian bila sampai rumah.

14.Solat sekali seminggu,solat Jumaat sahaja.

15.Solat bila ada masalah.

16.Solat bila orang di sekeliling solat, kalau tidak buat tak tahu aje.

17.Solat sebulan sekali.

18.Solat setahun sekali,iaitu solat sunat hari raya Aidil fitri.

19.Solat seumur hidup sekali,itu pun disolat oleh orang bila dah meninggal.

20. Tak pernah solat langsung. Sedar-sedar dah meninggal!!!

Solat fardu lima waktu sehari semalam adalah kewajipan yang paling asasi dalam Islam. Di akhirat kelak perkara yang pertama sekali disoal Allah SWT adalah solat. Jika sempurna solatnya maka sempurnalah amalan-amalan yang lain. Jika tidak, maka gagallah
amalan-amalan yang lain.

Tidak gunanya amalan-amalan puasa, sedekah, zakat, haji dan lain-lain jika kita tidak menjaga solat kita.
Apakah kita sanggup menerima…. risiko kegagalan tersebut di akhirat dan seksaan kubur yang dikenakan terhadap orang yang meninggalkan solat.

Solat fardu wajib ditunaikan selagi seseorang masih Islam dan masih waras. Ianya tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ianya termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan kita sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Oleh itu marilah kita menjaga solat kita dengan sungguh-sungguh. Solat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) secara berjemaah
dengan menjaga kekusyuk-kannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wudhu’ secara sempurna

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk kita memperbaiki solat kita

Sumber: Email Tentang Solat

Kay Hisham

kayhisham

Apakah Erti Kemerdekaan Kepada Wanita

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 59

image

Apakah impian kita sebagai wanita selepas 59 tahun  negara merdeka?  Adakah kita benar-benar sehati sejiwa dengan mereka yang kita sayangi & cintai?  Adakah kita bersyukur dengan apa yang kita ada?

Selamat Hari Merdeka dari Kay Hisham untuk semua Wanita.  Syukur kita masih bersama & menjaga sesama kita…

Sumber ; Youtube

kayhisham

Jelaskah Pandangan Kita?

Setuju tak kalau Kay Hisham kata, Kadang-kadang kita Wanita terlalu cepat membuat andaian mengikut apa yang tercapai di pemikiran kita tanpa melihat dengan lebih jauh lagi.   Tapi kalau kita membuka mata, minda & ambil masa yang lebih sedikit mungkin kita akan mengubah andaian kita yang pertama.

Apa yang kita lihat mengenai seseorang bergantung kepada kejelasan jendela tempat kita melihat.

Mungkin kelemahan kita terlalu cepat membuat andaian, tapi jangan lupa kelebihan kita juga berani menerima kesilapan & belajar  membetulkan apa kesilapan yang pernah kita lakukan.

Sumber Video: Cure Joy

kayhisham

Kenali Personaliti Diri

Kenali personality melalui Test?

Kadang-kadang kita perlu review balik, adakah kita benar-benar menjadi Diri kita sendiri dalam melalui kehidupan sebagai seorang wanita. Mungkin kita takut untuk menerima teguran atau kritikan, tetapi jangan risau. Dalam dunia serba canggih ini, banyak “application” atau “channel” untuk kita kenali diri kita. Di antara review yang mungkin kita cuba adalah “Personality Test” di internet . Ini mungkin salah satu kaedah dapat membantu kita. Syaratnya buatlah dengan jujur😊

Klik Di Sini Untuk Test

IMG_1074

Adakah adakah anda rasa keputusannya benar? Sebenarnya tiada salah & benar, ianya hanya sebagai panduan untuk kita membuat pertimbangan adakah kita benar-benar mengenali diri kita sendiri.

Jom Kongsi bersama Kay Hisham & sekiranya anda ingin bantuan, apakah bantuan yang anda inginkan?