kayhisham

Jurufoto Wanita

Usianya masih muda, namun wanita ini sanggup mengorbankan masa bergembira seperti generasi muda lain untuk memastikan perniagaannya berjalan lancar tanpa mengharapkan bantuan mana-mana institusi kewangan.

image
Photo: Harian Metro

 

Nurul Huda Jamal Nasir atau lebih dikenali sebagai Huda Jamal, 32, mula menjalankan perniagaan studio fotografi sejak 2014 dan kini pemilik Ladiesfoto Studio.

Bermula sebagai jurufoto perkahwinan bebas pada 2008 secara sambilan saja, tanpa diduga jurufoto wanita menjadi pilihan bagi sesetengah pasangan pengantin ketika itu.

“Disebabkan sambutan yang menggalakkan, saya menjalankan perniagaan secara sepenuh masa pada 2010. Kemudian, dua tahun selepas itu saya mendirikan rumah tangga bersama suami, Faizal Mohamad Nasir yang sangat meminati bidang fotografi. Dia mencadangkan saya membuka studio sendiri di kawasan perumahan kami di Damansara Damai pada 2014,” katanya.
Ibu kepada seorang cahaya mata lelaki ini berkata, hampir tujuh tahun dalam bidang fotografi, dia akhirnya menubuhkan studio fotografi berkonsepkan rumah yang cukup selesa dan semua jurufoto yang bergabung dengannya terdiri daripada wanita, sesuai untuk pelanggan wanita atau mereka yang mementingkan privasi.

“Penubuhan studio ini kerjasama antara saya dan suami. Kami mempunyai personaliti, fikiran dan gaya hidup yang sangat berbeza tetapi perbezaan ini kombinasi yang melengkapi antara satu sama lain.

“Suami menjadi pendorong terhebat dalam hidup saya. Pada permulaannya, sambutan agak kurang memberangsangkan atas beberapa faktor, namun atas dorongan, usaha kami mengikuti kelas keusahawanan, dan langkah kami menukar logistik studio ke bangunan Sunway Nexis, Kota Damansara, kini Ladiesfoto Studio berjaya berdiri gah sebagai studio fotografi yang dibangunkan oleh jurufoto wanita dalam industri yang biasanya dikuasai oleh lelaki.

“Kelebihan yang terdapat di Ladiesfoto Studio ialah barisan jurufoto wanita dan pereka grafik, sesuai untuk wanita yang mementingkan privasi dan menjaga aurat. Kami tidak berniat untuk bersaing, tetapi lebih gemar bergerak secara berkumpulan atau berjemaah yang melengkapi antara satu sama lain.

“Misalnya, kami ada komuniti WhatsApp yang mengumpulkan penggiat industri atau mereka yang berkaitan seperti jurusolek. Jadi, jika ada sebarang projek yang antara kami tidak dapat jayakan, kami akan menawarkannya kepada jurufoto lain, begitu juga sebaliknya.

“Dengan cara ini, rangkaian kami semakin berkembang dan kerjasama dijalin dapat memberi kelebihan kepada kami,” katanya.

Sebagai ibu, tentunya mahu anak kecil membesar di depan mata. Justeru, pembukaan studio itu turut memberi kelebihan kepada Huda untuk menjaga anaknya, Nawfal Firas Faizal yang berusia 19 bulan di tempat kerja jika tidak memerlukannya bertugas di luar.

Menurut Huda, dia memulakan langkah sebagai jurufoto bebas yang gemar mengambil gambar terutama ketika melancong.

Katanya, banyak keunikan dari segi gaya hidup, geografi, seni bina, dan budaya masyarakat negara lain yang boleh dipelajari dan dari situ dia praktikkan dalam mengilhamkan idea dan kreativiti bersama pelanggan untuk mendapatkan pelbagai gambar yang menarik.

“Sebenarnya, saya bermula daripada kosong dan tiada asas langsung mengenai perniagaan. Saya seorang yang sukakan fotografi. Namun disebabkan minat, saya belajar secara perlahan-lahan cara mengurus perniagaan dan menambah baik perkhidmatan untuk memenuhi cita rasa pelanggan masa kini,” katanya.

“Tidak dinafikan semakin ramai yang bergiat aktif dalam industri ini, namun saya memandang persaingan itu sebagai sesuatu yang positif. Walaupun saya tahu mengenai risiko yang akan ditanggung dalam perniagaan, diri perlu berani dan yakin, apatah lagi dengan persaingan yang mencabar hari ini. Sebenarnya tidak susah sekiranya kita bergerak secara berkumpulan yang mempunyai matlamat yang sama,” katanya.

Bagi mengukuhkan perniagaannya, Huda menubuhkan syarikat The Fabolez Sdn Bhd pada Mei lalu bagi menyatukan Ladiesfoto Studio yang aktif dalam bidang fotografi dan Fabolez Production yang mahir dalam bidang videografi di bawah satu bumbung.

Dalam masa terdekat katanya, The Fabolez Sdn Bhd juga akan melancarkan cabang perniagaan baru iaitu Sewa Gadget. Objektif utama pelancaran Sewa Gadget adalah untuk membantu penggiat baru dalam dunia fotografi dan videografi menghasilkan karya seni yang optimun tanpa memerlukan modal permulaan yang banyak dengan menyewa peralatan syarikat itu.

Bagi Huda, dia perlu berani dan fokus selain bijak mencari idea baru bagi memastikan perniagaannya mampu bertahan serta bersaing secara sihat dengan syarikat lain.

Anak jati Kuantan, Pahang ini turut menyimpan keinginan membuka cawangan perniagaan di beberapa negeri. Hasil karya dan maklumat lanjut mengenai studio itu boleh didapati di Instagram Ladiesfoto dan Facebook Ladiesfoto Studio.

Sumber; Harian Metro

*********************

Huda, merupakan isteri kepada salah seorang kenalan Kay Hisham sewaktu Program Intensif Perniagaan Internet & Strategi Media Sosial (Irfan Khairi Sdn Bhd). 

Untuk maklumat Lanjut Tentang Ladies Foto, boleh layari di FB LadiesFotoStudio

image

 

 


 

kayhisham

Duitku Duitmu Jua, Redha Seorang Wanita

image

Setiap hari kita lihat wanitalah yang paling ramai keluar memenuhi pengangkutan awam ke tempat kerja, wanita juga lah yang paling ramai buat pendapatan sampingan sehinggakan berjenis-jenis jualan dari tudung, barang makanan, dari sekecil-kecil barang sampailah ke sebesar barang. Tak cukup dengan perniagaan offline ditambah dengan perniagaan online. Kenapa?  Bukan setakat wanita yang bergelar ibu tunggal sahaja bertungkus lumus sedemikian rupa tapi wanita-wanita yang masih bergelar isteri dan mempunyai suami sebagai ketua keluarga.  Sesungguhnya hanya mereka & keluarga mereka sahaja yang tahu. Mungkin Disebabkan kos kehidupan yang tinggi, mungkin disebabkan ketidakupayaan ketua keluarga kerana masalah kesihatan, mungkin juga faktor-faktor luaran atau dalaman yang mendorong wanita ingin mempunyai pendapatan sendiri, atau.. mungkin juga wanita itu sendiri memilih untuk mempunyai pendapatan sendiri.

Namun, redha seorang isteri untuk mempunyai pendapatan sendiri tidak bermaksud seorang suami boleh mengabaikan tanggung jawabnya sebagai khalifah di dalam keluarga. Kalau kita selami apa rahsia di sebalik ajaran Islam kenapa Nafkah itu perlu untuk seorang isteri walaupun isteri itu mampu hidup dengan hasil pendapatan sendiri, kita akan nampak betapa indahnya Islam itu…

Hari ini Kay Hisham nak berkongsi coretan dari seorang suami yang mungkin dapat menjadi inspirasi  pasangan suami isteri masa kini. Dr Mahyudin Mohamed seorang Orthopaedic Surgeon, berkongsi di FB beliau tentang kepentingan Nafkah dalam memberi kegembiraan kepada seorang wanita yang bergelar isteri.

****************************************

image

Wang Nafkah Bulanan Isteri:
Duitmu buat dirimu, duitku duitmu jua
*************************************
Sengaja aku menghulurkan duit nafkah bulanan buat isteriku di hadapan anak-anak kami. Tersengeh-sengeh KakLong & Nabila melihat wang yang bertukar tangan. Itu bukan pertama kali mereka melihat aku menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang suami itu.

“Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?” Hasif masih terlalu kecil untuk faham namun tahap curiosity beliau begitu tinggi. Dia akan sentiasa bertanya apa2 yang dia tidak faham.

“Suami memang WAJIB beri nafkah setiap bulan pada isteri tahu Hasif. Nanti Hasif dah jadi suami pun, Hasif pun kena beri duit kat isteri”. Isteriku mengajar ilmu kehidupan & kewajipan seorang suami. Hasif mengangguk faham.

“Best la jadi orang perempuan Mama. Gaji Papa dan Mama kan sama. Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?” Nabila pula bertanya.

“Kalau gaji suami lagi sikit dari gaji isteri dia pun, dia masih kena beri nafkah setiap bulan. Kena bagi, walaupun sedikit. WAJIB. Melainkan kalau isteri dia kata tak payah la…” Nabila sengeh. Puas hati dengan jawapan isteriku.

Ramai suami yang pandang remeh Nafkah Bulanan buat isteri masing-masing. Ada yang TIDAK TAHU & ada yang BUAT-BUAT TAK TAHU. Ada juga LANGSUNG TAK AMBIL TAHU.

Jangan terkejut kita seorang lelaki yang bergelar suami tidak tahu yang memberi nafkah buat isteri itu WAJIB.

Ada yang tidak pernah beri wang kepada isteri. Jika isteri tidak memaafkan & menghalalkan, maka suami akan sentiasa berada dalam keadaan berdosa.

Berilah Duit Nafkah bulanan kepada isteri kita. Tak mampu banyak, beri sedikit. Tak mampu RM200, berilah RM100. Jika tak mampu juga, berilah RM50 atau RM10. Jika masih tidak mampu juga, suami perlu minta isteri halalkan perbelanjaan yang dibuat dengan menggunakan wang isterinya.

“Okay sayang, bulan ni, bil air sayang bayar, bil letrik abang bayar yer?”

“Loan kereta Myvi bulan ni Ayang bayar yer, Abang tak cukup la duit bulan ni sebab nak kena tukang baiki dapur tu”

Biasa dengar tak dialog kat atas? Atau biasa buat? Sebenarnya, kalau kita nak bahagi-bahagikan pembayaran bil letrik, air, pinjaman kereta atau rumah sekalipun, kita kena minta isteri halalkan.

“Sayang, sayang halalkan bil air yang sayang bayarkan bulan ni yer!” Cakap macam tu kat isteri anda. Kalau cakap baik-baik, pasti isteri kita gembira aje nak tolong kita dengan perbelanjaan rumahtangga.

Aku takut berdosa. Aku juga pernah TIDAK TAHU mengenai wang nafkah buat isteri dan urusan perbelanjaan keluarga.

Aku tidak malu mengakui yang kami sama2 tidak tahu perkara ini waktu mula-mula mendirikan rumahtangga 18 tahun dahulu. Masa tu student lagi. Kat luar negara pulak tu. Bila mula bekerja pada 2002, kami belanja sendiri-sendiri. Perbelanjaan dan bil pula dibahagi-bahagikan. Aku tidak beri duit nafkah kepada isteriku kerana waktu itu aku TIDAK TAHU mengenai perkara ini. Isteriku juga TIDAK TAHU. Lagi pun, sangkaku, gaji isteriku pun sama banyak dengan gaji aku. Kenapa nak kena beri lagi.

Tapi sangkaanku silap. Gaji aku hanya cukup-cukup sahaja. Cukup bulan gaji habis. Pernah terjadi, duit tinggal RM10 sahaja sehari sebelum gaji masuk.

Perkara ini berubah lebih kurang 10 tahun yang lalu (aku tak ingat tarikh sebenar) apabila kami mula TAHU mengenai Duit Nafkah seorang isteri ini. Duit untuk isteri belanja beli apa sahaja yang dia mahu & bila sahaja dia mahu.

Duit ini tidak termasuk duit belanja dapur, ikan, ayam, sayur. Tidak termasuk baju kain isteri. Tidak termasuk syampu, ubat gigi & toiletries lain. Perbelanjaan ini semuanya mesti ditanggung oleh Suami. Tapi kalau isteri tersayang nak tolong, takde salahnya kan?

Aku mula memberi Duit Nafkah Bulanan buat isteriku & aku mohon beliau halalkan setiap sen yang aku tidak lunaskan sebelumnya. AlhamdulilLah isteriku halalkan. AlhamdulilLah leganya hati. Lapangnya dada.

Pasti ada suami yang merasakan ia seakan tidak adil. Namun percayalah, terdapat keberkatan dalam memberikan Duit Nafkah isteri kita. Islam itu Adil. Percayalah.

Sejak memberi wang nafkah bulanan buat isteri, rezekiku bertambah & mencurah-curah. Kehidupan menjadi lapang & mudah. Segala keperluan sentiasa dalam kecukupan. Isteri apatah lagi, gembira sokmo. Bibir sentiasa dihiasi Senyuman manis.

Ada keberkatan dalam pemberian Wang Nafkah Bulanan isteri kita.

A Happy Wife leads to a Happy Home & Happy Family. (A grumpy wife… Anda jawab sendiri…)

Jika anda belum lakukan, mulai dengan hari ini. Berilah Duit Nafkah belanja isteri anda. Anda akan lihat perubahan positif dalam kehidupan anda sekeluarga, InsyaAllah.

Kongsikan dengan suami2 diluar sana. Semoga beroleh keberkatan rezeki & kelapangan dalam kehidupan.

Sumber FB :#DrMahyuddin

**************************************************

Jika anda wanita yang ingin mengetahui cara-cara menjana pendapatan sampingan hubungi kami di kayhisham.com

kayhisham

Bahagia Atau Derita, Kita Yang Pilih!

Hari ini Kay Hisham nak berkongsi pengalaman seorang wanita hebat dari PENIAGAWATI  yang mungkin dapat menjadi inspirasi wanita di luar sana. Seorang wanita yang begitu cekal & tabah dalam menjalani kehidupan sebagai bekas pengidap tumor  otak &  dalam masa yang sama menempuhi jatuh bangun dalam dunia perniagaan.

image

Puan Rosinah Julia Jalil, Certified Fitness Master Trainer/ Aero GP Fitness Instructor berkongsi kisah beliau di Akaun Facebook nya hari ini;

 

image

Ini saya selepas hampir 3 minggu, dalam wad ICU selepas menjalani pembedahan utk mengeluarkan tumor otak sebesar ibu jari, pada tahun 2007.Lama dalam ICU kerana asyik muntah2 sehingga pucat dan cengkung jadinya. Akhirnya terpaksa masukkan drips kerana tidak bolih makan, asyik keluar balik semuanya.

Saya botak bukan kerana kimoterapi namun untuk “mengoyakkan” kulit kepala supaya tempurung kepala bolih ditebuk utk mengeluarkan tumor.Syukur Alhamdulillah tumor saya adalah benign dan bukan kanser. Sekarang sembuh 100% tanpa kimo atau rawataan lanjut. Bersyukur juga kerana ada juga kes saperti saya yang meninggal dunia akibat komplikasi semasa pembedahan.

Semalam pergi menziarah seorang pesakit kanser tahap 4. Kepalanya hampir botak kerana kesan kimoterapi, satu buah pinggang sudah rosak, tubuh badannya kurus hingga tinggal tulang dan kulit sahaja.Suaminya pula telah berkahwin lain tanpa pengetahuannya beberapa tahun lepas dan telah menceraikannya baru baru ini. Saya lihat betapa tenangnya beliau. Redha dan tawakal.

Subhanallah. Kita rasa masaalah kita besar dan tiada penyelsaian?

In Syaa Allah, setiap masaalah ada jalan penyelesaian. Kita hanya perlu yakin bahawa perancangan Allah tidak pernah salah untuk kita. Alhamdulillah.Namun Allah sentiasa memberi kita pilihan , samaada ada utk bahagia atau tidak. Jalan yang kita pilih menentukan masa hadapan kita.In sya Allah.

Macam kami, tiada pilihan, kena laluinya juga. Namun bagaimana kita respond kepada situasi tersebut dan sikap kita menghadapinya itulah yang penting.Semasa saya di ICU, saya baru menyewa dua kedai untuk menubuhkan Fitness Center saya. Duit pinjam dari emak dan adik rm40k. Inilah cukai kebodohan saya.

Keluar ICU tidak dapat menguruskan Business yg baru hendak bermula. Bayar balik adik dan emak rm40k. Semua sekali RM80K cukai kebodohan saya.Namun, jatuh berkali kali dalam perniagaan , sekali pun saya tidak akan mengalah. Saya yakin Allah ada perancangan utk saya. Saya yakin saya akan berjaya…hanya kena tunggu masa yang Allah telah tetapkan utk saya. In sya Allah.

Buat pilihan, doa, usaha tanpa mengalah, tawakal dan redha.
In sya Allah kejayaan akan dikecapi juga.

Nikmat tuhanmu yg manakah yang kamu dustakan?

**********************************************************************************************************

image

Di umur 56 tahun & dengan segala ujian ke atasnya, beliau masih tetap anggun dengan senyuman manisnya seolah-olah tidak pernaha ada apa-apa keperitan dalam kehidupannya. Terima Kasih Kak Ros (nama manjanya)  berkongsi cerita hari ini. Jika perkongsian beliau dapat membantu wanita lain yang anda kenali, kongsilah cerita ini sebagai tanda  sokongan anda kepada mereka

KAY HISHAM

 

 

kayhisham

Mat Jenin Pilihan Wanita

Pernah dengar cerita Mat Jenin?  Zaman kanak-kanak dulu mungkin Mat Jenin bukanlah lelaki idaman wanita. Sebab asyik berangan satu apa pun tak jadi. Adakah lagi Mat Jenin  di zaman cyber ini?  Mungkin ada yang dah tak ingat Siapakah Mat Jenin itu.

image

Lihatlah sekeliling kita, mungkin ada di antara lelaki idaman kita adalah Mat Jenin dari dunia dahulu atau  mungkin ada jua Mat Jenin versi baru.

Hari ini Kay Hisham nak kenalkan Mat Jenin baru yang masih dalam kandungan ibunya, Insha Allah akan lahir tak lama lagi.

Nak kenal siapa Mat Jenin, ikuti perkembangan Mat Jenin di FB Page : @akujenin.mimisalleh

image

 

 

 

Jangan Lupa Nantikan kelahiran Mat Jenin. Mungkin dia Mat Jenin idaman anda!

 

kayhisham

Impian waktu kecil-kecil dahulu

Setiap anak kecil mempunyai impian, Sama ada untuk menjadi seperti sang puteri tinggal di alam fantasi atau mungkin ingin menjadi seorang wanita yang berdiri di atas kaki sendiri tanpa seorang putera idaman. Kelahiran Kays Lovely Store jua adalah inspirasi dari zaman kanak-kanakku.  Pernah terfikir alangkah bahagianya kalau ada satu kedai kecil di mana ada barang-barang menjadi kesukaan setiap orang. Mungkin kedai bunga, mungkin kedai baju, mungkin kedai makan, atau mungkin juga sebuah kedai motor 🙂

Apa pun impian itu, sama ada cepat atau lambat, kecil atau besar janganlah di pandang remeh, Kadang-kadang impian itu mungkin juga menjadi impian orang lain. …