kayhisham

Merdekakan Diri Anda Daripada Masalah Kewangan

Merdeka ! Merdeka! Merdeka!

image
Laungan suara hangat, suara penuh semangat, suara keramat yang keluar daripada jiwa yang merdeka. Setiap kali laungan in didengar , kita akan berasa penuh bersemangat.

Bila kita menyebut tentang kemerdekaan, ia adalah merupakan suatu pengertian yang telah menjadi sifat atau fitrah semulajadi manusia. Iaitu dengan lain-lain perkataan, kemerdekaan adalah sesuatu yang menjadi keinginan semua manusia di dunia ini. Tidak ada manusia di dunia ini yang tidak menginginkan kemerdekaan. Bahkan ia lebih menjadi suatu perkara yang dicita-citakan oleh setiap manusia.

Kemerdekaan daripada masalah kewangan juga amat penting dalam kehidupan untuk menjamin kesejahteraan kehidupan ini. Kebebasan kewangan bukan sekadar mempunyai banyak wang, tetapi ia adalah kebebasan untuk menjadi diri kita yang sebenar dan melakukan apa yang kita inginkan dalam kehidupan tanpa kekangan kewangan dan dibelenggu hutang keliling pinggang.

Jadi apa yang harus anda lakukan untuk bebas daripada masalah kewangan:

1. Tentukan matlamat anda

Tuliskan semua matlamat kewangan anda. Ini mungkin termasuk mengurangkan baki hutang atau menambahkan simpanan untuk membeli rumah atau membiayai pelajaran universiti anak-anak.
Tuliskan anggaran jumlah kos dan tempoh masa yang diperlukan untuk mencapai matlamat kewangan anda.
Bahagikan jumlah kos dengan bilangan bulan. Hasilnya akan menunjukkan jumlah peruntukan bulanan yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda.
Jika jumlah peruntukan bulanan tersebut terlalu besar, anda mungkin ingin memanjangkan tempoh masa yang diperlukan.
Berapa banyak perbelanjaan yang patut dikurangkan? Yang mana patut dikurangkan? Atau berapa banyak pendapatan tambahan, jika ada, yang perlu diperolehi setiap bulan? Cara yang terbaik ialah dengan menyediakan bajet.

2. Ketahui jumlah wang yang diperlukan

Rancang perbelanjaan bulanan – Suatu keajaiban berlaku di sini. Apabila anda dapat melihat gambaran kewangan anda dengan jelas, anda akan mula sedar tentang kaedah penyelesaian yang baharu dan yang menarik.
Ikut landasan yang betul (patuhi bajet) – Apabila mempunyai bajet, tuliskan perbelanjaan anda setiap bulan untuk mengetahui sama ada anda berada di landasan betul. Jika dengan tidak sengaja anda melebihi perbelanjaan dalam satu perkara, jangan berasa panik. Sebaliknya, cuba kurangkan perbelanjaan dalam perkara lain supaya anda masih lagi dapat mencapai sasaran.
Anggarkan perbelanjaan masa hadapan – Apabila anda mengetahui jumlah yang telah dibelanjakan, anda boleh menggunakan maklumat ini untuk membuat anggaran jumlah perbelanjaan bulanan anda. Pertama, senaraikan perbelanjaan tetap, seperti bayaran pinjaman perumahan atau sewa bulanan, bayaran kereta dan bayaran semua pinjaman termasuk kad kredit. Kemudian, anggarkan perbelanjaan lain dengan sebaik mungkin. Pastikan anda memasukkan anggaran kos berkaitan dengan kereta (insurans, petrol, pembaikan dan penyelenggaraan) dan rumah (pembaikan dan penyelenggaraan). Masukkan 1/12 daripada jumlah bil insurans tahunan anda. Hendaklah bersikap realistik bila merancang sesuatu bajet. Lebih tepat bajet yang disediakan, lagi jelas dapat dilihat kedudukan kewangan anda dan ini akan membantu anda membuat keputusan yang sewajarnya.
Jumlahkan semua perbelanjaan dan buat perbandingan – Jika jumlah semua perbelanjaan anda melebihi daripada jumlah maksimum yang boleh dibelanjakan, semak balik dan kenalpasti mana-mana perbelanjaan yang boleh dikurangkan. Terus kurangkan perbelanjaan bulanan anda sehingga jumlahnya turun di bawah tahap maksimum perbelanjaan dan hasilnya anda akan mempunyai lebihan wang.

3. Sediakan dana kecemasan

Kecemasan boleh berlaku bila-bila dan boleh menyebabkan anda hilang keupayaan mencari pendapatan. Ramai mengahadapi masalah kewangan apabila berlaku kecemasan.
Buat tabungan sebelum berbelanja, tolak sedikit wang sebelum anda berbelanja untuk tabungan anda.

Sumber Artikel: Agensi Kaunseling Pengurusan Kredit

kayhisham

Apakah Erti Kemerdekaan Kepada Wanita

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 59

image

Apakah impian kita sebagai wanita selepas 59 tahun  negara merdeka?  Adakah kita benar-benar sehati sejiwa dengan mereka yang kita sayangi & cintai?  Adakah kita bersyukur dengan apa yang kita ada?

Selamat Hari Merdeka dari Kay Hisham untuk semua Wanita.  Syukur kita masih bersama & menjaga sesama kita…

Sumber ; Youtube

kayhisham

Duitku Duitmu Jua, Redha Seorang Wanita

image

Setiap hari kita lihat wanitalah yang paling ramai keluar memenuhi pengangkutan awam ke tempat kerja, wanita juga lah yang paling ramai buat pendapatan sampingan sehinggakan berjenis-jenis jualan dari tudung, barang makanan, dari sekecil-kecil barang sampailah ke sebesar barang. Tak cukup dengan perniagaan offline ditambah dengan perniagaan online. Kenapa?  Bukan setakat wanita yang bergelar ibu tunggal sahaja bertungkus lumus sedemikian rupa tapi wanita-wanita yang masih bergelar isteri dan mempunyai suami sebagai ketua keluarga.  Sesungguhnya hanya mereka & keluarga mereka sahaja yang tahu. Mungkin Disebabkan kos kehidupan yang tinggi, mungkin disebabkan ketidakupayaan ketua keluarga kerana masalah kesihatan, mungkin juga faktor-faktor luaran atau dalaman yang mendorong wanita ingin mempunyai pendapatan sendiri, atau.. mungkin juga wanita itu sendiri memilih untuk mempunyai pendapatan sendiri.

Namun, redha seorang isteri untuk mempunyai pendapatan sendiri tidak bermaksud seorang suami boleh mengabaikan tanggung jawabnya sebagai khalifah di dalam keluarga. Kalau kita selami apa rahsia di sebalik ajaran Islam kenapa Nafkah itu perlu untuk seorang isteri walaupun isteri itu mampu hidup dengan hasil pendapatan sendiri, kita akan nampak betapa indahnya Islam itu…

Hari ini Kay Hisham nak berkongsi coretan dari seorang suami yang mungkin dapat menjadi inspirasi  pasangan suami isteri masa kini. Dr Mahyudin Mohamed seorang Orthopaedic Surgeon, berkongsi di FB beliau tentang kepentingan Nafkah dalam memberi kegembiraan kepada seorang wanita yang bergelar isteri.

****************************************

image

Wang Nafkah Bulanan Isteri:
Duitmu buat dirimu, duitku duitmu jua
*************************************
Sengaja aku menghulurkan duit nafkah bulanan buat isteriku di hadapan anak-anak kami. Tersengeh-sengeh KakLong & Nabila melihat wang yang bertukar tangan. Itu bukan pertama kali mereka melihat aku menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang suami itu.

“Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?” Hasif masih terlalu kecil untuk faham namun tahap curiosity beliau begitu tinggi. Dia akan sentiasa bertanya apa2 yang dia tidak faham.

“Suami memang WAJIB beri nafkah setiap bulan pada isteri tahu Hasif. Nanti Hasif dah jadi suami pun, Hasif pun kena beri duit kat isteri”. Isteriku mengajar ilmu kehidupan & kewajipan seorang suami. Hasif mengangguk faham.

“Best la jadi orang perempuan Mama. Gaji Papa dan Mama kan sama. Kenapa Papa kena bagi duit kat Mama?” Nabila pula bertanya.

“Kalau gaji suami lagi sikit dari gaji isteri dia pun, dia masih kena beri nafkah setiap bulan. Kena bagi, walaupun sedikit. WAJIB. Melainkan kalau isteri dia kata tak payah la…” Nabila sengeh. Puas hati dengan jawapan isteriku.

Ramai suami yang pandang remeh Nafkah Bulanan buat isteri masing-masing. Ada yang TIDAK TAHU & ada yang BUAT-BUAT TAK TAHU. Ada juga LANGSUNG TAK AMBIL TAHU.

Jangan terkejut kita seorang lelaki yang bergelar suami tidak tahu yang memberi nafkah buat isteri itu WAJIB.

Ada yang tidak pernah beri wang kepada isteri. Jika isteri tidak memaafkan & menghalalkan, maka suami akan sentiasa berada dalam keadaan berdosa.

Berilah Duit Nafkah bulanan kepada isteri kita. Tak mampu banyak, beri sedikit. Tak mampu RM200, berilah RM100. Jika tak mampu juga, berilah RM50 atau RM10. Jika masih tidak mampu juga, suami perlu minta isteri halalkan perbelanjaan yang dibuat dengan menggunakan wang isterinya.

“Okay sayang, bulan ni, bil air sayang bayar, bil letrik abang bayar yer?”

“Loan kereta Myvi bulan ni Ayang bayar yer, Abang tak cukup la duit bulan ni sebab nak kena tukang baiki dapur tu”

Biasa dengar tak dialog kat atas? Atau biasa buat? Sebenarnya, kalau kita nak bahagi-bahagikan pembayaran bil letrik, air, pinjaman kereta atau rumah sekalipun, kita kena minta isteri halalkan.

“Sayang, sayang halalkan bil air yang sayang bayarkan bulan ni yer!” Cakap macam tu kat isteri anda. Kalau cakap baik-baik, pasti isteri kita gembira aje nak tolong kita dengan perbelanjaan rumahtangga.

Aku takut berdosa. Aku juga pernah TIDAK TAHU mengenai wang nafkah buat isteri dan urusan perbelanjaan keluarga.

Aku tidak malu mengakui yang kami sama2 tidak tahu perkara ini waktu mula-mula mendirikan rumahtangga 18 tahun dahulu. Masa tu student lagi. Kat luar negara pulak tu. Bila mula bekerja pada 2002, kami belanja sendiri-sendiri. Perbelanjaan dan bil pula dibahagi-bahagikan. Aku tidak beri duit nafkah kepada isteriku kerana waktu itu aku TIDAK TAHU mengenai perkara ini. Isteriku juga TIDAK TAHU. Lagi pun, sangkaku, gaji isteriku pun sama banyak dengan gaji aku. Kenapa nak kena beri lagi.

Tapi sangkaanku silap. Gaji aku hanya cukup-cukup sahaja. Cukup bulan gaji habis. Pernah terjadi, duit tinggal RM10 sahaja sehari sebelum gaji masuk.

Perkara ini berubah lebih kurang 10 tahun yang lalu (aku tak ingat tarikh sebenar) apabila kami mula TAHU mengenai Duit Nafkah seorang isteri ini. Duit untuk isteri belanja beli apa sahaja yang dia mahu & bila sahaja dia mahu.

Duit ini tidak termasuk duit belanja dapur, ikan, ayam, sayur. Tidak termasuk baju kain isteri. Tidak termasuk syampu, ubat gigi & toiletries lain. Perbelanjaan ini semuanya mesti ditanggung oleh Suami. Tapi kalau isteri tersayang nak tolong, takde salahnya kan?

Aku mula memberi Duit Nafkah Bulanan buat isteriku & aku mohon beliau halalkan setiap sen yang aku tidak lunaskan sebelumnya. AlhamdulilLah isteriku halalkan. AlhamdulilLah leganya hati. Lapangnya dada.

Pasti ada suami yang merasakan ia seakan tidak adil. Namun percayalah, terdapat keberkatan dalam memberikan Duit Nafkah isteri kita. Islam itu Adil. Percayalah.

Sejak memberi wang nafkah bulanan buat isteri, rezekiku bertambah & mencurah-curah. Kehidupan menjadi lapang & mudah. Segala keperluan sentiasa dalam kecukupan. Isteri apatah lagi, gembira sokmo. Bibir sentiasa dihiasi Senyuman manis.

Ada keberkatan dalam pemberian Wang Nafkah Bulanan isteri kita.

A Happy Wife leads to a Happy Home & Happy Family. (A grumpy wife… Anda jawab sendiri…)

Jika anda belum lakukan, mulai dengan hari ini. Berilah Duit Nafkah belanja isteri anda. Anda akan lihat perubahan positif dalam kehidupan anda sekeluarga, InsyaAllah.

Kongsikan dengan suami2 diluar sana. Semoga beroleh keberkatan rezeki & kelapangan dalam kehidupan.

Sumber FB :#DrMahyuddin

**************************************************

Jika anda wanita yang ingin mengetahui cara-cara menjana pendapatan sampingan hubungi kami di kayhisham.com

kayhisham

Bahagia Atau Derita, Kita Yang Pilih!

Hari ini Kay Hisham nak berkongsi pengalaman seorang wanita hebat dari PENIAGAWATI  yang mungkin dapat menjadi inspirasi wanita di luar sana. Seorang wanita yang begitu cekal & tabah dalam menjalani kehidupan sebagai bekas pengidap tumor  otak &  dalam masa yang sama menempuhi jatuh bangun dalam dunia perniagaan.

image

Puan Rosinah Julia Jalil, Certified Fitness Master Trainer/ Aero GP Fitness Instructor berkongsi kisah beliau di Akaun Facebook nya hari ini;

 

image

Ini saya selepas hampir 3 minggu, dalam wad ICU selepas menjalani pembedahan utk mengeluarkan tumor otak sebesar ibu jari, pada tahun 2007.Lama dalam ICU kerana asyik muntah2 sehingga pucat dan cengkung jadinya. Akhirnya terpaksa masukkan drips kerana tidak bolih makan, asyik keluar balik semuanya.

Saya botak bukan kerana kimoterapi namun untuk “mengoyakkan” kulit kepala supaya tempurung kepala bolih ditebuk utk mengeluarkan tumor.Syukur Alhamdulillah tumor saya adalah benign dan bukan kanser. Sekarang sembuh 100% tanpa kimo atau rawataan lanjut. Bersyukur juga kerana ada juga kes saperti saya yang meninggal dunia akibat komplikasi semasa pembedahan.

Semalam pergi menziarah seorang pesakit kanser tahap 4. Kepalanya hampir botak kerana kesan kimoterapi, satu buah pinggang sudah rosak, tubuh badannya kurus hingga tinggal tulang dan kulit sahaja.Suaminya pula telah berkahwin lain tanpa pengetahuannya beberapa tahun lepas dan telah menceraikannya baru baru ini. Saya lihat betapa tenangnya beliau. Redha dan tawakal.

Subhanallah. Kita rasa masaalah kita besar dan tiada penyelsaian?

In Syaa Allah, setiap masaalah ada jalan penyelesaian. Kita hanya perlu yakin bahawa perancangan Allah tidak pernah salah untuk kita. Alhamdulillah.Namun Allah sentiasa memberi kita pilihan , samaada ada utk bahagia atau tidak. Jalan yang kita pilih menentukan masa hadapan kita.In sya Allah.

Macam kami, tiada pilihan, kena laluinya juga. Namun bagaimana kita respond kepada situasi tersebut dan sikap kita menghadapinya itulah yang penting.Semasa saya di ICU, saya baru menyewa dua kedai untuk menubuhkan Fitness Center saya. Duit pinjam dari emak dan adik rm40k. Inilah cukai kebodohan saya.

Keluar ICU tidak dapat menguruskan Business yg baru hendak bermula. Bayar balik adik dan emak rm40k. Semua sekali RM80K cukai kebodohan saya.Namun, jatuh berkali kali dalam perniagaan , sekali pun saya tidak akan mengalah. Saya yakin Allah ada perancangan utk saya. Saya yakin saya akan berjaya…hanya kena tunggu masa yang Allah telah tetapkan utk saya. In sya Allah.

Buat pilihan, doa, usaha tanpa mengalah, tawakal dan redha.
In sya Allah kejayaan akan dikecapi juga.

Nikmat tuhanmu yg manakah yang kamu dustakan?

**********************************************************************************************************

image

Di umur 56 tahun & dengan segala ujian ke atasnya, beliau masih tetap anggun dengan senyuman manisnya seolah-olah tidak pernaha ada apa-apa keperitan dalam kehidupannya. Terima Kasih Kak Ros (nama manjanya)  berkongsi cerita hari ini. Jika perkongsian beliau dapat membantu wanita lain yang anda kenali, kongsilah cerita ini sebagai tanda  sokongan anda kepada mereka

KAY HISHAM

 

 

kayhisham

Fasa Perkahwinan

image

 

Perkongsian Dari FB Datin Nur Shahida Mohd Rashid, Isteri Abang Terlajak Laris. Inilah Wanita yang teguh berdiri di belakang Dato Aliff Syukri Terlajak Laris. Semoga perkahwinan mereka berkekalan sampai ke syurga…

WANITA WAJIB BACA !

Perkahwinan itu sangat indah,tapi bagaimana kita mampu menghadapi dugaan dalam perkahwinan dan membina persefahaman..
Saya sudah melalui fasa 1 dan sedang berada di fasa 2,tapi sebelum sampai ke fasa 2 ni kami telah mengalami berbagai dugaan dan rintangan yang kadangkala bahtera yang kami bina hampir dilanda badai termasuk fitnah.

Betulla orang kata,kesabaran adalah penyebab utama perkahwinan itu kekal…memahami sifat buruk pasangan dengan seadanya dan Insya Allah mudahan mereka berubah..

Mudahan dengan izin Allah SWT kita sampai ke semua fasa…dalam perkahwinan tiada orang yg nak gagal…Bila kita berumahtangga semua orang mempunyai impian ingin bahgia untuk selamanya…

Fasa 1 – 5 tahun pertama perkahwinan
Tempoh mengenali pasangan bila sudah duduk sebumbung. Pada masa inilah paling banyak dugaan antaranya sukar faham sikap pasangan, masalah kewangan, mentua, anak kecil dan banyak lagi. Dalam fasa ini perlu banyak toleransi, berbincang dan paling penting sabar.

Fasa 2- Usia perkahwinan 5- 10 tahun
Pada fasa ini suami isteri sudah memahami sikap pasangan masing-masing. Sudah maklum apa yang boleh jadi punca konflik dan cara mengelakkannya. Ramai juga yang sudah malas merajuk pada fasa ini. Dengan anak-anak semakin membesar, rumah tangga pada masa ini juga semakin stabil.
Fasa 3- Usia perkahwinan 10- 15 tahun
Walau sudah stabil dan rumah tangga bahagia tapi suami isteri yang dalam fasa ini perlu hati-hati. Memasuki 40-an ada yang mula mengalami krisis pertengahan usia. Ada yang mula rasa bosan dan menjeling pada orang lain. Mungkin juga berlaku kerana suami isteri lebih beri perhatian pada anak-anak yang meningkat remaja atau pun kerjaya.

Fasa 4 – Usia perkahwinan 15-20 tahun
Jika sudah memasuki fasa ini bermakna anda mungkin boleh berasa selesa. Kadar perceraian pun kurang pada usia perkahwinan ini tapi manusia hanya merancang Tuhan juga yang menentukan. Ada juga konflik dan krisis berlaku pada usia perkahwinan ini tapi jarang. Apa yang pasti jika anda sudah sampai ke tahap ini maka bersyukurlah dan jagalah kerukunan rumah tangga.

Walau fasa perkahwinan anda sekarang satu yang pasti untuk melaluinya anda perlu bersabar dan bertoleransi dengan pasangan. Itulah resipi yang bukan lagi rahsia untuk sesebuah rumah tangga bertahan.

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Semoga perkongsian dari Datin Terlajak Laris dapat membantu  kita kaum wanita agar lebih bersedia dalam sebarang kemungkinan.  Bukan sekadar persediaan hati & perasaan tetapi persediaan  kita untuk mengharungi realiti kehidupan dari segi fizikal & mental.  Adakah kita bersedia sekiranya kita hilang tempat bergantung atau tiada sumber pendapatan? Apakah persediaan kita dalam menguruskan hal keluarga & kewangan? Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut hubungi kami di www.kayhisham.com. Mungkin kami dapat membantu anda.

kayhisham

Jelaskah Pandangan Kita?

Setuju tak kalau Kay Hisham kata, Kadang-kadang kita Wanita terlalu cepat membuat andaian mengikut apa yang tercapai di pemikiran kita tanpa melihat dengan lebih jauh lagi.   Tapi kalau kita membuka mata, minda & ambil masa yang lebih sedikit mungkin kita akan mengubah andaian kita yang pertama.

Apa yang kita lihat mengenai seseorang bergantung kepada kejelasan jendela tempat kita melihat.

Mungkin kelemahan kita terlalu cepat membuat andaian, tapi jangan lupa kelebihan kita juga berani menerima kesilapan & belajar  membetulkan apa kesilapan yang pernah kita lakukan.

Sumber Video: Cure Joy

kayhisham

Mat Jenin Pilihan Wanita

Pernah dengar cerita Mat Jenin?  Zaman kanak-kanak dulu mungkin Mat Jenin bukanlah lelaki idaman wanita. Sebab asyik berangan satu apa pun tak jadi. Adakah lagi Mat Jenin  di zaman cyber ini?  Mungkin ada yang dah tak ingat Siapakah Mat Jenin itu.

image

Lihatlah sekeliling kita, mungkin ada di antara lelaki idaman kita adalah Mat Jenin dari dunia dahulu atau  mungkin ada jua Mat Jenin versi baru.

Hari ini Kay Hisham nak kenalkan Mat Jenin baru yang masih dalam kandungan ibunya, Insha Allah akan lahir tak lama lagi.

Nak kenal siapa Mat Jenin, ikuti perkembangan Mat Jenin di FB Page : @akujenin.mimisalleh

image

 

 

 

Jangan Lupa Nantikan kelahiran Mat Jenin. Mungkin dia Mat Jenin idaman anda!